Sunday 8 May 2011

kesederhanaan seorang pemimpin..



Mahmoud Ahmadinejad merupakan putera kepada seorang tukang besi. Semasa remaja Ahmadinejad terkenal sebagai jaguh bermain bola sepak. Dia juga bijak dalam bidang matematik.Selain itu, Ahmadinejad terkenal memiliki suara yang bagus ketika membaca Al-Quran ataupun pidato. Tidak ada siapa yang menyangka Mahmoud Ahmadinejad boleh dipilih menjadi presiden Iran, kerana 6 calon presiden yang lain merupakan tokoh ulama atau tokoh politik yang mempunyai sumber dana besar.Ahmadinejad terpilih kerana rakyat menyukai gaya dan sifatnya yang sederhana.

Langkah pertama apabila menyandang tugas presiden adalah ia mengumumkan aset dan kekayaannya yang terdiri daripada Peugeot 504 tahun 1977, sebuah rumah sederhana warisan ayahnya 40tahun yang lalu disebuah daerah kumuh di Tehera.Satu-satunya wang masuk adalah wang gaji bulanannya. Gajinya sebagai pensyarah di sebuah universiti hanya bernilai US $250 iaitu sebanyak RM746.88. Bahkan ia tidak mengambil gajinya, alasannya adalah bahawa semua kesejahteraan adalah milik negara dan ia bertugas untuk menjaganya.


Berikut adalah gambaran beliau yang amat bersederhana dalam kehidupannya: 


1) Ulama adalah posisi yang paling tinggi dimata Ahmadinejad dan pada saat pertama kali duduk di kerusi presiden, beliau menyumbangkan seluruh karpet-karpet merah parsi istana yang sangat tinggi nilai maupun harganya itu kepada kepada masjid-masjid di Teheran dan menggantikannya dengan karpet biasa yang mudah dibersihkan.

2) Menolak kereta limosine dan tetap setia menggunakan kereta bapanya yang sudah tua serta tetap tinggal di rumah asalnya dengan hanya 2 orang pengawal sahaja.
 
3) Mengamati bahawa ada ruangan yang sangat besar untuk menerima dan menghormati tetamu VIP, lalu beliau memerintahkan untuk menutup ruang tersebut dan menggantikan dengan ruangan biasa dengan 2 kerusi kayu.

4) Menteri-menterinya akan menerima sebuah dokumen yang ditandatangani yang berisikan arahan-arahan darinya, arahan tersebut terutama sekali menekankan para menterinya untuk tetap hidup sederhana.

5) Sentiasa membawa beg kecil yang berisikan sarapan roti isi atau roti keju yang disiapkan oleh isterinya dan memakannya dengan gembira. Beliau juga menghentikan kebiasaan menyediakan makanan yang dikhususkan untuk presiden.

6) Mengubah pesawat terbang yang dikhaskan untuk presiden menjadi pesawat kargo sehingga dapat menjimatkan cukai masyarakat dan untuk dirinya, beliau hanya meminta terbang dengan pesawat terbang biasa dengan kelas ekonomi.

7) Beliau memotong protokol istana sehingga menteri-menterinya dapat masuk secara langsung ke ruangannya tanpa ada hambatan.  

8) Beliau menghentikan kebiasaan upacara-upacara seperti karpet merah, sesi fotografi, atau hal-hal spt itu ketika mengunjungi pelbagai tempat di negaranya.

9) Ketika harus menginap di hotel, beliau meminta diberikan bilik tanpa tempat tidur yg tidak terlalu besar kerana beliau tidak suka tidur di atas katil, tetapi lebih suka tidur di lantai beralaskan karpet dan selimut. Beliau juga tidur di ruang tamu rumahnya sesudah lepas dari pengawal-pengawalnya yg selalu mengikuti kemanapun ia pergi.
 
 

 10)  Lebih mementingkan memperbaiki ekonomi negara berbanding bidang-bidang lain dan memperjuangkan setiap pendapatan minyak bumi agar jatuh ke meja makan rakyat Iran. 
"Saya tidak akan berhenti sehingga semua rakyat biasa di Iran dapat makan".(Ahmadinejad) 

11) Ketika suara azan berkumandang, beliau langsung mengerjakan solat walau dimanapun beliau berada meskipun hanya beralaskan karpet biasa. Beliau juga tidak akan melangkah makmum lain di sesebuah masjid jika beliau datang terlambat. Beliau akan duduk di barisan keberapa pun yang didapatinya.

 12)  Ketika menikahkan puteranya baru-baru ini,beliau hanya menyelanggarakan acara yang sangat sederhana, sangat berbeza dengan pernikahan keluarga presiden di negara-negara lain..   


Di balik kesederhanaan pemimpin Iran itu, Iran memperolehi anggaran Riset termasuk yang terbesar di dunia, jumlah Sarjana terbanyak wanita dan ekonomi tumbuh dengan pesat yang merupakan negara dengan tingkat hutang dibanding GNP terkecil (7%) didunia. Ertinya secara ekonomi Iran dapat bangkit tanpa hutang luar negeri yang significant. Bandingkan dengan AS yang tingkat hutang terhadap GNP sebesar 97% .

kata-kata pemimpin:

Sewaktu di wawancara oleh TV Fox (AS) soal kehidupan peribadinya:

"Saat anda melihat di cermin setiap pagi, apa yang anda katakan pada diri anda?"

Jawabnya : "Saya melihat orang di cermin itu dan mengatakan padanya."Ingat, kau tak lebih dari seorang pelayan, hari di depanmu penuh dengan tanggungjawab yang berat, Iaitu melayani bangsa Iran ."
 
Dalam menghadapi tekanan barat pun Ahmadinejad berani dan tegas
.
"Anda yang menciptakan dan menggunakan senjata biologi saat perang Iraq-Iran. Anda yang menggunakan peluru b’uranium. Apa hak Anda melarang kami (Iran) mengembangkan teknologi nuklear untuk tenaga dan perdamaian". (Ahmadinejad)

Pertanyaan dari wartawan Jepun : “Tuan Presiden, kenapa Anda masih mempertahankan pengembangan teknologi nuklear yang mengancam perdamaian dunia ? ”
Jawabnya:"Anda seharusnya tidak perlu membimbangi kami (Iran), Anda seharusnya lebih bimbang kepada negara yang pernah menjatuhkan bom nuklear ke negara Anda”

itulah peribadi seorang Presiden Iran yang namanya di takuti Amerika Syarikat. Adakah Calon PM kita yang seperti ini ?

“ Bila pemimpin itu dekat kepada Allah maka lihatlah penampilannnya. Dia sederhana dan tak pernah ingin dipuja apalagi sengaja membangun ctra pribadi.. Bila pemimpin itu dekat kepada Allah , lihatlah kemakmuran rakyatnya….

 

No comments:

Post a Comment